Selamat Meraikan Hari Malaysia 2012
Sama-sama kita bersatu demi kesejahteraan tanahair kita.
Selamat Meraikan Hari Kemerdekaan Ke-55
Semoga semua warga SMK Selandar menjadi warga Malaysia yang baik dan berhemah.
Selamat Menyambut Hari Raya 2012
Kepada Semua Warga SMK Selandar .
Semoga Bergembira di Hari Yang Mulia Ini.
Sukantara Sekolah 2011
Tarikh : 4 - 5 Mei 2011
Program Gotong Royong Dan Ceramah Kepenggunaan
Anjuran Bersama Kem. Hal Ehwal Pengguna, Melaka; JKKK Kg. Selandar; PIBG SMK Selandar ; SMK Selandar Dirasmikan Oleh: Y. Bhg. En. Abu Dolah B. Hitam, BKT,Tarikh : 18 April 201 PJK, PBM, KC, PBB,PJB, JP ( YDP PIBG SMK Selandar )
Tarikh : 23 April 2011
Masa : 7.30 pagi - 1.30 petang
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas PSS
Dirasmikan Oleh: Tuan Pengetua Cemerlang En. A. Saiman A/L K. G. Anthony
Tarikh : 18 April 2011
Masa : 7.30 pagi - 8.20 pagi
Majlis Perasmian Bulan Apresiasi
Dirasmikan Oleh: Tuan Pengetua Cemerlang En. A. Saiman A/L K. G. Anthony
Tarikh : 11 April 2011
Masa : 7.30 pagi - 8.20 pagi
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2011
Dirasmikan Oleh: Chief Inspektor Tuan Amir Bin Kaskon
Pegawai Perhubungan polis IPD Jasin
Tarikh : 28 Mac 2011
Masa : 7.30 pagi - 8.20 pagi
TAHNIAH KEPADA SEMUA ATLIT SMK SELANDAR
TEMPAT KELIMA KESELURUHAN MSSM JASIN 2011
4 EMAS 8 PERAK 8 GANGSA
Kursus Kepimpinan Pengawas 2011
Tarikh : 25 Mac - 27 Mac 2011
Tempat : SMK Selandar
Majlis Penghargaan Murid Cemerlang SPM 2010
Disempurnakan Oleh :
Tuan Pengetua Cemerlang
En. A. Saiman A/L K. G. Anthony
TAHNIAH KEPADA LAU SHEAU FEN
STRAIGHT 10'A SPM 2010
TAHNIAH KERANA KEJAYAAN ANDA
Pravin Kumar, Tan Chin How, Ong Cha Heng, Noratika Adila Zaidi, Nurharyanti Borhan, Nurasyikin Jidin, Siti Aishah Yusof, Chong Jun Shin, Mohd Fadhil, Mohd Zhafirul, Norhaslinda Zainudin
Pertandingan Tilawah Al Quran, Nasyid Pendidikan Khas Daerah Jasin 2011
Tarikh : 23 Mac - 24 Mac 2011
Tempat : SMK Selandar
Majlis Perasmian Penutup Minggu Anti Dadah
Tarikh : 22 Mac 2011
Perasmi : Y. Bhg. En. Kassim B. Dollah
Setiausaha Kerja PEMADAM
Negeri Melaka
Kem Motivasi Persatuan Bahasa Cina
Anjuran : Persatuan Bahasa Cina SMK Selandar
Tempat : SMK Selandar
Tarikh : 17 - 19 Mac 2011
Perasmi : Y. Bhg. Datuk Dr. Fong Chan Ong
Pesta Ponggal Daerah Jasin 2011
Anjuran : SMK Selandar Jasin Melaka
Tempat : SMK Selandar Jasin Melaka
Tarikh: 26 Februari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pagi - 2.00 petang
21 Februari 2011 / Isnin
Majlis Pelancaran Program Menangani Gejala Sosial
Dan Sambutan Hari Chap Goh Mei
Dirasmikan Oleh : Tn. Hj. Manan B. Umar ( Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah ) JPNM
Sunday, February 20, 2011
GALERI SELANDAR
Program Gotong Royong Dan Ceramah Kepenggunaan
23 April 2011 / Sabtu
Dirasmikan Oleh:
Y. Bhg. En. Abu Dolah B. Hitam
BKT,PJK,PBM,KC,PBB,PJB,JP
( YDP PIBG SMK Selandar )
Anjuran Bersama:
Kementerian Hal Ehwal Pengguna Melaka
JKKK Kg. Selandar
PIBG SMK Selandar
SMK Selandar
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2011
DISEMPURNAKAN OLEH : TUAN PENGETUA CEMERLANG
EN. A. SAIMAN A/L K. G. ANTHONY
18 APRIL 2011
MAJLIS PELANCARAN BULAN APRESIASI ILMU 2011
Kuiz Falaq Online
12 April 2011
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
MINGGU ANTI DADAH
22 MAC 2011
DISEMPURNAKAN OLEH: Y. BHG. EN. KASSIM B. DOLAH
SETIAUSAHA KERJA PEMADAM N. MELAKA
KEM MOTIVASI PERSATUAN BAHASA CINA
SMK SELANDAR 2011
17 - 19 MAC 2011
DIRASMIKAN OLEH : YB. DATUK DR. FONG CHAN ONN
PESTA PONGGAL
DAERAH JASIN
ANJURAN SMK SELANDAR
26 FEB 2011
DIRASMIKAN OLEH:
EN. A. KRISHNA RAJAN
PENGARAH URUSAN
SYARIKAT PENGANGKUTAN SAKTIVEL TAMPIN
MAJLIS PERTUKARAN / KENAIKAN PANGKAT
EN. HAMDAN HASHIM, EN. NORDIN ABDUL, PN. MASZAIRIANI ZAINAL
MAJLIS PENYERAHAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2011
Pengetua menyerahkan mentee kepada guru mentor dengan disaksikan oleh ibu bapa pelajar |
DISEMPURNAKAN OLEH : TUAN PENGETUA CEMERLANG
EN. A. SAIMAN A/L K. G. ANTHONY
11 APRIL 2011
Friday, February 18, 2011
LENCANA SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH
BENTUK :
Bentuk yang bulat melambangkan keseimbangan individu
WARNA:
BIRU : disekeliling lencana melambangkan keharmonian
HIJAU : melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara
KUNING : melambangkan negara beraja
MERAH, BIRU DAN PUTIH : warna-warna yang terdapat pada bendera negeri
LIMA LINGKARAN :
Melambangkan lima prinsip Rukunegara dan sukan iaitu lambang kegiatan kokurikulum
BUKU :
Melambangkan ilmu melalui pendidikan
Sunday, February 13, 2011
LAGU RASMI SEKOLAH
DINAMIS DAN DEDIKASI
Bersatu dan berikrar
Berjanji pada diri
Meningkatkan prestasi
Dinanmis dan dedikasi
Berbudi bahasa bersopan santun
Hormat guru, ibubapa
Belajar dengan tekun
Menjaga imej sekolah
Rintangan serta cabaran
Semangat tetap berkobar
Berdisiplin berjiwa waja
Janji akan ditunaikan
Berjanji pada diri
Meningkatkan prestasi
Dinanmis dan dedikasi
Berbudi bahasa bersopan santun
Hormat guru, ibubapa
Belajar dengan tekun
Menjaga imej sekolah
Rintangan serta cabaran
Semangat tetap berkobar
Berdisiplin berjiwa waja
Janji akan ditunaikan
Ciptaan :
Chin Lee Shin
Eng Pei Wen
Lirik :
En. Borhan Hassan
SEJARAH SEKOLAH
Selandar, sebuah kawasan yang terpencil dari Kota Melaka, Bandaraya warisan dunia mahupun dari pekan kecil Jasin. Kedudukan geografinya serta taraf hidup penduduknya yang agak rendah telah mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar yang berkebolehan.
Ramai pelajar lepasan UPSR dari sekolah-sekolah rendah yang berdekatan dengan kawasan Selandar terpaksa ke sekolah-sekolah menengah di Kota Melaka ataupun Pekan Jasin untuk meneruskan pengajian sekolah menengah. Masalah pembaziran masa, pengangkutan dan kewangan menjadi rintangan terhadap pelajar-pelajar dari kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Menyedari hakikat ini, beberapa orang tokoh tempatan telah bekerjasama untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengatasi kepincangan yang dihadapi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar yang terletak 0.3 dari Pekan Selandar telah mula beroperasi dengan pengambilan seramai 159 orang pelajar pada 1 Januari 1980. Pada awal pembukaannya, kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Selandar dengan 12 orang guru dan seorang pekerja buat sementara waktu. Seterusnya pada tahun yang sama, bangunan sekolah telah siap dibina dan membolehkan pelajar-pelajar meneruskan pelajaran di bangunan sendiri.
Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986. Sehingga kini terdapat sebelas orang pengetua yang telah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar :
Bil. | Nama Pengetua | Tarikh Mula Berkhidmat |
1 | En. Abdullah Bin Abd Majid | 1.1.80 |
2 | Cik Jamaliah Binti Hj. Ismail | 1.8.80 |
3 | En. Peter Lee Seng Lin | 1.9.82 |
4 | En. Ahmed Bin Hj. Suleiman | 16.9.87 |
5 | En. Rahim Bin Hj. Ali | 1.1.89 |
6 | Tn Hj Abd Kader Bin Md Nor | 16.8.90 |
7 | En. G Krishnabawahan | 16.11.95 |
8 | En. Chin Kiau | 16.11.98 |
9 | Pn Nor Aisah Md Shah | 16.4.01 |
10 | Tn Hj Sa’adon Baharum | 16.9.2006 |
11 | En. A.Saiman A/L K.G. Anthony | 1.4.2010 |
Thursday, February 10, 2011
PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN
KAMI TENAGA PENDIDIK DAN KAKITANGAN SMK SELANDAR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERSEDIA
- MENDIDIK DAN MENGEMBANGKAN BAKAT PELAJAR SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MELALUI BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.
- MEMBERI LAYANAN BAIK DAN PERKHIDMATAN YANG SEGERA KEPADA SEMUA PELANGGAN SEKOLAH
- MENYATUPADUKAN SELURUH WARGA SEKOLAH MELALUI PENGHAYATAN BUDAYA ILMU DAN ETIKA KESOPANAN SERTA KESUSILAAN.
- BERGERAK SECARA DINAMIK DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.
- MENERAPKAN BUDAYA PENYAYANG DALAM KALANGAN WARGA SMK SELANDAR
MISI DAN VISI
VISI
SMK SELANDAR SEKOLAH CEMERLANG BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN PEMBINAAN SAHSIAH MENJELANG TAHUN 2015
MISI
- MENEMPATKAN SMK SELANDAR SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN YANG DIBANGGAKAN MELALUI PENCAPAIAN KURIKULUM YANG BAIK, SAHSIAH YANG MEMBANGGAKAN SERTA KEPIMPINAN TERPUJI.
- MELENGKAPKAN MURID-MURID DENGAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SUPAYA DAPAT BERSAING DAN BERKETRAMPILAN DALAM PELBAGAI BIDANG YANG DICEBURI MELALUI PENGLIBATAN AKTIF DALAM BIDANG KOKURIKULUM.
- MELAHIRKAN MURID-MURID YANG MEMPUNYAI KECENDERUNGAN DAN MINAT YANG MENDALAM UNTUK MENGUASAI ICT DAN MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI MEREALISASIKAN PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM SAINS DAN MATEMATIK.
- MEMASTIKAN SEMUA GURU DAN KAKITANGAN MENGAMALKAN BUDAYA KERJA SECARA BERPASUKAN DAN SEMANGAT KEKELUARGAAN.
- MEMASTIKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN BERMAKLUMAT AGAR MURID DAPAT BELAJAR DALAM SUASANA TENANG, HARMONIS DAN MEMBERANGSANGKAN
Subscribe to:
Posts (Atom)